SRI AYU FINE GOLD SDN. BHD. merupakan rangkaian kedai emas yang terbesar di Pantai Timur Semenanjung milik 100% Bumiputra (Muslim & Melayu). Rangkaian Kedai Emas Sri Ayu merangkumi beberapa negeri di Semenanjung Malaysia (Kelantan, Terengganu, Perak, Pahang) dan ibu pejabat terbaru syarikat kini terletak di Jalan Temenggong, Kota Bharu, Kelantan

Berdasarkan pengalaman syarikat yang telah menceburi bidang industri emas selama 20 tahun, Kedai Emas Sri Ayu kini dilengkapi teknologi-teknologi penghasilan barangan kemas yang canggih seterusnya memberi peluang kepada syarikat Sri Ayu untuk mengeluarkan siri produk Emas Tulen (Assay Metal) yang terdiri daripada Gold Bar Sri Ayu (999.9 @ 24K), Dinar Emas Mekah (917 @ 22K) dan juga barang kemas 916 atau 999